Friday 14 December 2012

Mengapa perlu minum banyak air apabila mengambil suplemen



Setiap orang yang mengambil suplemen Shaklee (tak kira jenis apa) dinasihatkan minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 3L sehari. Kenapa begitu banyak?
Lebih-lebih lagi bila mengambil vitamin untuk tambah susu, kenapa kena minum air banyak? Bukankah nak banyakkan susu memang kena minum banyak air? Kalau dah memang kena minum banyak air buat apa ambil suplemen lagi? :)
Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan suplemen semulajadi Shaklee:
  1. Suplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  2. Pengambilan suplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrien dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?
Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3L air sehari. Saya sendiri minum 2L air kosong hanya sebelum waktu tengah hari. Jadi bolehlah bayangkan berapa banyak air saya minum sehari. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak mengambil sebarang suplemen, dinasihatkan agar tidak meminum air dengan kadar sedemikian, kerana ia boleh mencairkan nutrient dalam tubuh. Dalam beberapa keadaan, air yang berlebihan boleh mengurangkan susu badan.

No comments:

Post a Comment