Thursday 3 January 2013

Collagen Powder

Apa itu kolagen?

Kolagen merupakan protien yang paling banyak terdapat di dalam tubuh manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75 % berat dalam tahap kulit yang sihat seperti yang dilaporkan dalam Skin Research dan Technology, 2006. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat.

Sebab dan Kesan Kehilangan kolagen


Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurang. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain seperti:

(1)kulit berkedut, kering dan melayut
(2) kuku rapuh dan tidak kukuh
(3) rambut nipis kerana keguguran

Risau ini berlaku kepada anda? Jangan bimbang kerana pengambilan kolagen daripada makanan tambahan membantu anda mengatasi masalah ini. Ini kerana pengambilan makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang.

Satu kajian yang dilakukan oleh beberapa saintis (Wang et al, 2002) menunjukkan kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang-tulang dan sesendi kita.  Ini kerana kolagen membentuk 90% protien matriks tulang-tulang ( Ken et al., 2001) dan 2/3 tulang rawan artikular dewasa (David , 2001).

Memperkenalkan Shaklee Collagen Powder



Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari Red Snapper Scale (RSS) Collagen. Kolagen ini merupakan kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Apa istimewanya Shaklee Collagen Powder ni?

>>Kolagen Shaklee adalah sangat ringan kerana mempunyai 1,000 dalton berat molekul. Ini memudahkan proses penyerapan ke dalam badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

>>Tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstark kerang, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Fungsi-Fungsi Bahan Utama Dalam Shaklee Collagen Powder

1) Red Snapper Scale ( Sisik Ikan Merah)

Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding dengan kolagen binatang.



2) Ekstrak biji benih Camellia Japonica 

Mengandungi asid Oleik iaitu sejenis emolien kulit dan pelembab kulit. Ia juga berfungsi sebagai antioksida semulajadi isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.



3) Ekstrak Pfaffia

Pffafia juga digelar sebagai ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji Benih Camellia Japonica dapat menyokong pembentukkan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialurinik memainkan peranan penting dalam menghidrat tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembab dan rata.



4) Elastin dari kolagen ikan

Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang tegang, gebu dan anjal.

5) Vitamin C dan vitamin B

Vitamin C-menggalakkan pengeluran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B-terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protien untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluran kolagen dalam sel.



6) Ekstrak kerang

Glukosamina daripada ekstrak kerang adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembabkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7) Lactobasilus acidophilus

Lactobasilus acidophilus-sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.



Produk ini telah diuji keberkesanannya...Ia sangat mengujakan...Apa yang penting, semua bahan yang digunakan untuk formulasi kolagen ini dari sumber semulajadi, bukan sintetik..


Berminat ingin mencuba??



Kredit: sihathijau247.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di :
atau sms ke 012-5196442

No comments:

Post a Comment