Thursday 27 December 2012

Garlic

Membantu Mengekalkan Tekanan Darah Normal

Kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma penting.  


Garlic - gabungan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary
Sumber: Shaklee
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di linazakaria2012@gmail.com atau sms ke 012-5196442


Herb-Lax

Menyokong Sistem Percernaan

Pengambilan diet yang kaya dengan serat, air yang mencukupi dan senaman yang tetap, kesemuanya memberi sumbangan kepada pembuangan air besar yang tetap.
Pada masa-masa yang tertentu, Herb-Lax yang lembut boleh membantu:


  • Julap lembut untuk kegunaan sekali-sekala
  • Menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan
  • Daun Senna - telah digunakan secara tradisional sejak beribu tahun dahulu sebagai julap semulajadi
Herb-Lax untuk kesihatan pencernaan


Sumber: Shaklee

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di linazakaria2012@gmail.com atau sms ke 012-5196442


Lecithin

Pengelmulsi Semulajadi


Lecithin- diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya
Lecithin merupakan pengelmusi semulajadi. Ia sangat membantu badan untuk menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Lecithin boleh didapati dari telur, jagung dan kacang soya. Antara kegunaan lecithin adalah:
  • untuk proses metabolisme-kolestrol, triglycerides dan lemak darah. Lecithin akan memecahkan serta mencairkan lemak terutama kolesterol.
  • membantu mengawal paras triglycerides
  • membantu memecahkan lemak dalam badan dan mengurangkan lemak yang menyelaputi pembuluh darah.
  • mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.
  • penting untuk fungsi otak kerana ia mengandungi kolina.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di linazakaria2012@gmail.com atau sms ke 012-5196442

OsteMatrix

Komprehensif Dan Terbukti Secara Klinikal

Lindungi tulang dengan OsteMatrix.
Kita memerlukan lebih daripada kalsium semata-mata untuk membina tulang yang kuat. OsteMatrix juga menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

~ membina tulang dan gigi yang kuat
~ membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
~ membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
~ membantu mengurangkan simpton-simpton sengugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

Didatangkan dengan kaplet bersalut yang mudah ditelan


 Sumber: Shaklee
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 


Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di linazakaria2012@gmail.com atau sms ke 012-5196442

Omega Guard



Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. *Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990mg asid lemak omega-3.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan  proprietari tiga molekul yang memekatkan asid  lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan



Sumber:Shaklee
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di linazakaria2012@gmail.com atau sms ke 012-5196442

Produk Shaklee Adalah Halal


Sahabat Yang Budiman,


Sebagai seorang muslim, mencari yang halal adalah sesuatu yang fardu. Bab-bab halal ini kita memang tidak boleh ambil ringan kerana ia akan menjadi darah daging kita. Sama juga dengan barangan kesihatan Shaklee. Sebagai satu syarikat antarabangsa yang mementingkan kualiti dan pelanggan, pihak Shaklee memang menitikberatkan tentang pengguna-pengguna Muslim. Untuk pengetahuan semua, sijil Halal barangan produk Shaklee telah dikeluarkan oleh Islam Service of Amerika (ISA). ISA merupakan sebuah badan yang mengeluarkan sijil halal di Amerika Syarikat. JAKIM, iaitu satu badan agama Islam di Malaysia telah mengiktiraf ISA sebagai badan yang mengeluarkan sijil Halal secara sah. Mohon untuk lihat di bawah.


Ini pula sijil Halal untuk semua barangan Shaklee. Tarikh luput adalah 31 Disember 2012. Selalunya, sijil ini akan diperbaharui setiap tahun.


Jom tengok produk-produk Shaklee yang telah diperakui Halal.


InsyaAllah, semua produk Shaklee yang terdapat di Malaysia adalah halal. Jangan ragu-ragu. Jika masih kurang yakin anda sendiri boleh melakukan pemeriksaan di semua cawangan Shaklee di Malaysia. Eh saya pun Muslim, takkan lah saya nak jual produk yang tidak halal. Tak berkat nanti kan..



Monday 24 December 2012

Vita-Lea Iron Formula


VitaLea Shaklee Sumber Lengkap Vitamin dan Mineral Untuk Tubuh



Kebanyakkan orang ramai mengambil multivitamin untuk memenuhi keperluan nutrisi untuk tubuh. Namun, tak ramai yang sedar, kandungan multivitamin yang mereka beli sebenarnya tidak lengkap. Mengapa saya berkata begitu? Ini kerana tak semua multivitamin dilengkapi dengan multimineral yang diperlukan badan. Vitamin dan mineral saling memerlukan untuk mengoptimumkan proses yang berlaku dalam tubuh.

Tahukan anda VitaLea Shaklee merupakan salah satu multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk memenuhi keperluan seharian anda? Mengapa? Jom saya kongsikan...

Vita-Lea merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Antara fungsi Vita Lea secara umunya


~Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
~Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
~Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
~Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Apa istimewanya VitaLea Shaklee?


Kemajuan Saintifik
~Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
~Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa
~Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

>Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat

>Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi

>Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi

>Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot

>Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang

>Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

>Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak

>Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

Diformulasi dengan zat besi (Vita Lea Iron Formula)
Zat besi adalah nutrien penting untuk badan dan kesihatan secara menyeluruh. Ia membantu sel-sel kita "bernafas." Zat besi berfungsi dengan protein untuk membuat hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin membawa oksigen ke semua bahagian badan supaya ia boleh melakukan fungsi normal. Badan menyimpan besi di dalam hati, limpa, dan sumsum tulang. Wanita mengandung memerlukan zat besi yang lebih banyak daripada wanita biasa. Ini kerana kekurangan zat besi boleh mengurangkan hemoglobin dan ia boleh merencatkan perkembangan bayi.



PerhatianProduk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Jika anda merasakan kurang mengambil makanan yang berkhasiat, anda amat memerlukan produk ini. Ia bukan pengganti makanan tetapi ia pelengkap makanan anda.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di linazakaria2012@gmail.com atau sms ke 012-5196442

Sunday 23 December 2012

Alfafa Complex

Alfafa Tumbuhan Pelbagai Fungsi

Alfafa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Alfafa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an. 
Shaklee hanya menggunakan alfafa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.
Setiap hidangan Shaklee Alfafa Complex mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu



Disebalik gelaran sebagai Raja Tumbuh-Tumbuhan, Alfalfa dikatakan boleh membantu dalam mengurangkan simpton-simpton seperti:bengkak, sakit sendi, sembelit, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol serta anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu
Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

>>Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

>>Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).




Sumber: Shaklee
rujukan: vitaminsemulajadi.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di linazakaria2012@gmail.com atau sms ke 012-5196442

GLA Complex

GLA, Vitamin E, dan Minyak Benih Bunga Matahari

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


GLA menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid


Sumber: Shaklee
*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di linazakaria2012@gmail.com atau sms ke 012-5196442

Saturday 22 December 2012

B-Complex

Tenaga, Kesihatan, Jantung, Sintesis DNA dan banyak lagi..

Vitamin B penting untuk kesihatan.
Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, alkohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh.
Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. 
Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik.


Pilihan Vitamin B yang tepat


Shaklee B-Complex mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk asid folik. B Complex penting untuk metabolisme dimana menukarkan makanan kepada tenaga, meninggikan sistem pertahanan badan, mengimbangi hormon, membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang. Ianya juga membantu mengelakkan kulit menjadi kusam.



Sumber: Shaklee
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di linazakaria2012@gmail.com atau sms ke 012-5196442


Friday 21 December 2012

Vitamin C

Sustained Release Vita-C 500mg
Bekalan Vitamin C Secara Semulajadi Jam Demi Jam

Shaklee Sustained Release Vita-C merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan Proprietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.

Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.




Vitamin C pilihan saya..




Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Apa fungsi lain Vitamin C selain membuatkan kulit menjadi cantik dan licin..?
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.


kredit: MamaFaiz.com
*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di linazakaria2012@gmail.com atau sms ke 012-5196442

Friday 14 December 2012

Antara Testimonial dan Sains Dalam Shaklee

Shaklee dikatakan terbukti berkesan adalah kerana ia menjalani ujian klinikal dan diterbitkan dalam jurnal saintifik yang menjadi rujukan pada saintis. Ramai orang/produk boleh claim ‘ujian klinikal’ tapi berapa banyak yang boleh memberi bukti bertulis dan diterbitkan di peringkat antarabangsa?
Shaklee bukan berdiri atas pilihan ramai, tapi dorongan sains.

Antara jurnal2 saintifik yang pernah menerbitkan kajian tentang Shaklee ialah:



JAMA
The American Journal of Clinical Nutrition
The American Journal of cardiology
jurnal of nutrition
journal of clinical endocrinology and metabolism


Shaklee juga telah menjalankan kajian yang dinamakan ‘Shaklee Landmark Study’ dengan kerjasama UC Barkeley School of Public Health untuk menilai tahap kesihatan jangka panjang pengguna Shaklee.
Kajian ini menunjukkan mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik berdasarkan 4 penanda biologi ini:


shaklee 2007 landmark study result

Ini juga satu tips untuk anda yang sedang mencari suplemen yang sesuai dan terbaik. Utamakan yang menjalani ujian klinikal yang telus iaitu dijalankan oleh pihak ketiga, yang mana tiada unsur-unsur yang diragui dalam kajian yang dijalankan. Ini kerana semua suplemen mengakui pelbagai penyelidikan dijalankan namun seperti pengalaman Dr Bruce Miller hampir 30 tahun lalu, tatkala beliau meminta syarikat2 suplemen memberikan jurnal mereka, hanya Shaklee yang memberi respon.

Usah anggap ‘semua suplemen sama saja’.. ya, kerana ia tak sama. Sedangkan haiwan yang diternak secara organik pun tak sama dengan haiwan yang dicucuk hormon dan antibiotik, inikan pula suplemen yang boleh dibuat dalam lab saja!
Buatlah pilihan yang betul untuk kesihatan anda. Ramai orang yang ambil suplemen tapi makin sakit.

landmark study shaklee

kredit: vitaminsemulajadi.com

Mengapa perlu minum banyak air apabila mengambil suplemen



Setiap orang yang mengambil suplemen Shaklee (tak kira jenis apa) dinasihatkan minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 3L sehari. Kenapa begitu banyak?
Lebih-lebih lagi bila mengambil vitamin untuk tambah susu, kenapa kena minum air banyak? Bukankah nak banyakkan susu memang kena minum banyak air? Kalau dah memang kena minum banyak air buat apa ambil suplemen lagi? :)
Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan suplemen semulajadi Shaklee:
  1. Suplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  2. Pengambilan suplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrien dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?
Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3L air sehari. Saya sendiri minum 2L air kosong hanya sebelum waktu tengah hari. Jadi bolehlah bayangkan berapa banyak air saya minum sehari. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak mengambil sebarang suplemen, dinasihatkan agar tidak meminum air dengan kadar sedemikian, kerana ia boleh mencairkan nutrient dalam tubuh. Dalam beberapa keadaan, air yang berlebihan boleh mengurangkan susu badan.